Monday, March 1, 2010

cerita pasal Bisul

Jangan harap saya nak cerita pasal diri saya yang terkena bisul. Sememangnya diri ini dah lama tak kena bisul. Memandangkan hari ni tersangatlah free, supervisor pun belum reply email, nak writting thesis pun belum ada mood, jadi saya akan bercerita pasal Bisul.

Hari ni saya nak bercerita pasal kucing kesayangan mak saya, Bisul. Nama ni pun diberi oleh mak since Bisul ni dulu masa kecik-kecik selalu dapat bisul kat telinga. Puas letak ubat pun tak baik-baik. Lekat lah nama Bisul tu sampai ke tua. Lantak lah orang nak cakap saya tak betul cerita pasal kucing. Peduli apa orang nak kata. Korang mengata pun saya tau korang selalu menjengah kat blog ni kan.

Apa yang menarik pasal Bisul ni, dia selalu menyusukan adik dia. Oh ya, lupa nak maklum yang Bisul ni seekor kucing jantan yang sangat sopan. Dia ni penakut kalau kena kejar dengan kucing jantan, dia akan menjerit macam pondan. Kadang-kadang selalu jugak gelar Si Bisul ni pondan. Perangai macam kucing betina. Telah disahkan bahawa Bisul ni mempunyai alat kelamin jantan oleh kami sekeluarga.

Setiap hari dia akan menyusukan adik-adiknya kat dapur rumah. Bisul ni rasanya tak mampu mengeluarkan susu. Tapi adik-adik dia selalu buat Bisul macam mak sendiri. Adik-adik dia ni dari satu mak, bapa nya tak tau plak dari mana. Kucing lah katakan, mana nak tau siapa yang bertanggung jawab.

Maaf buat semua, saya dah cuba shot gambar adik dia tengah menyusu, tapi gagal kerana adik dia malu berdepan kamera. Tapi kalau tak percaya datanglah rumah kami di Muar.

4 comments:

TMUkmkd said...

blog ini telah dimasukkan kedalam projek blogger umt

UzaiR Rusli said...

suka hati lah....

TMUkmkd said...

haha ! XD

Secalit Tinta said...

betul betul betul..
miowww nie suke nyusukan adik dia...hikhihk