Hari ini dah masuk seminggu di bumi kangaroo. Masih lagi cuba sesuaikan diri. Lepak kat library lebih baik rather than duduk dalam office dengan data-data yang boleh membuatkan aku muntah tengok nombor-nombor.
Alhamdulillah ketibaan di sini disambut mesra oleh mereka yang sangat membantu. Seawal melangkah ke dalam perut kapal terbang lagi sudah di sapa oleh Auntie Nita yang kebetulan bertugas pada masa tu sebagai Leading Stewards. Auntie Nita ni emak kepada Abg Juhazren yang menyediakan kediaman untuk saya menumpang di sini.
Dalam flight saya duduk sebelah Auntie Nani sepanjang lapan jam perjalanan dari KL-Sydney-Brisbane. Auntie Nani banyak bercerita pengalamannya sepanjang belajar dan kini mengajar di University of Queensland.
Tengah-tengah tulis entry ni, terkesima kejap tengok budak-budak sekolah diorang berpakaian biru dengan topi koboi datang melawat kampus. Agak smart jugak lah. Tapi baju melayu lagi smart. Hahaha...diorang di sini sebenarnya tak suka pun pakai smart smart. Mereka lebih selesa casual. Jangan pelik dan hairan kalau tengok warga sebuah negara maju seperti ini sebenarnya suka berkaki ayam ke mana-mana. Sehinggakan di dalam kelas terpaksa di tampal notis supaya sentiasa beralas kaki.
Baiklah cukup setakat ini sahaja, saya terpaksa ke Mon Repos Turtle Rookery. Ada tugas menanti di sana. Harap-harap semuanya selamat dan dipermudahkan oleh Nya.

3 comments:
*senyum*
senyum sokmo
hai,my name qq..iam from indonesia,nice to be your friend,
Post a Comment