Tanggal 1 Fabruari semakin dekat. Sekali lagi saya akan tinggalkan tanahair buat tempoh yang agak panjang selama 2 bulan. Kali ini Brisbane, Australia akan menjadi destinasi kembara sebelum saya menamatkan zaman bujang pertengahan tahun ini. Ini mungkin kali terakhir mengembara sebagai bujang. Kalau bulan lepas ke Kagoshima, Jepun bersama sekumpulan pelajar dan profesor dari UMT yang agak gila-gila, kali ini berseorang sahaja. Semuanya perlu diuruskan sendiri.
Berikut senarai makanan yang wajib dijamah sebelum meninggalkan tanahair:
- Mee Goreng Maizah
- Air Buah gelas besar Seberang Takir
- Kek Classic Chesee Secret recipe Muar (kegemaran Mak)
- Ikan Bakar Bukit Tunggal
- Mee Bandung Kedai Tok Teh Muar
- Daging asam pedas Mak
- Satay kat Sri Budi
4 comments:
wahhh...bestnyer abg uzair, g oversea lagi..
haisshhh, kena usaha lebih nie.
Nak g jugak! hoho~
btw, gmbr yg tgh mkn tiram yg duk sebelah abg tu abg ayub ke? hmmm...lma tak nmpak dia..huhu
abg ayuk tu study kat Kagoshima University.
jap aa.
ko g aussie for what?
bertuah tol ko ni.
skejap ke jepun skejap ke aussie.
heee wombat 1!
kalau dapat wombat nanti aku pos ke hiroshima. Aku ke Aussie utk study pasal thermobiology.
Post a Comment