
Sekadar ingin berkongsi bahan bacaan yang menarik untuk semua. Buku ni pun dipinjam dari tunang saya, Maizah iaitu berkaitan diet mengikut kumpulan darah. 'Eat Right 4 Your Type'. Jangan salah anggap pula, Cik Maizah kita tu beli buku ni bukan kerana nak turun berat badan. Sememangnya dari dahulu hingga kini beliau mempunyai berat badan yang unggul. Mungkin kerana sifatnya sendiri seorang yang amat mementingkan kesihatan kot.... yes, sincerely speaking.
Sekali baca memang agak menarik kerana mempunyai perincian yang cukup saintifik perkaitan antara darah dan diet. Mungkin ini salah satu buku yang wajib milik bagi golongan yang selalu diperli " kenderaan berat ikut kiri".
Berikut tentang diet yang disyorkan beliau. Harus diingat, diet pun kena aktif bersukan jugak...
Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Mereka yang merokok tu sedar diri lah yek (yang ni saya tambah, Dr Adamo tak kata pun).
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Kesian banyak betul pantangnya....
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Memang best lah darah B ni, semua boleh masyuk.... nasib baik aku darah B (bagus, bijak dan....hahaha)
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Cepat-cepatlah ambik insuran hayat. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan. Kalau musim buah tu, korang telan air liur jek lah. Darah O juga dikatakan darah-darah zaman purba yang gemar berburu makan daging. Ini ada kaitan dengan teori evolusi darah, ada diterangkan oleh beliau.
Ada satu kes depan mata saya sendiri seorang rakan yang telah berjaya turunkan berat badan lepas ikut petua ni. Nama dia Abg W (bukan nama sebenar). Beliau berdarah O dan beliau study buku tu bagai nak rak, then lepas beberapa bulan wow memang superb hasilnya.
Bagi yang malas dan tak berapa ada masa nak menelaah buku-buku tebal macam ni, boleh pinjam kat library versi alih bahasa. Baca sahaja buku spesifik untuk darah anda sahaja, tak perlu nak faham kenapa ini tak boleh makan, kenapa itu boleh makan.
Selamat Berdiet...
2 comments:
eh uzair. seriyes ke ade kat library tu? versi alih bahasa? ye ekk. harus aku bace tuu.
walau pun aku *ehem* tak *ehem* berat sangat *ehem*
ni hah call number buku tu kat library UMT :
ISBN 9789673224326
CALL NUMBER WD 210 .W5 2009
AUTHOR Wied Harry Apriadji
TITLE AND STATEMENT OF RESPONSIBILITY Diet sihat bagi golongan berdarah A : tampil langsing & bertenaga tanpa perlu berlapar / Wied Harry Apriadji dan Mazlina Ismail
PUBLISHER INFORMATION Kuala Lumpur: SynergyMedia, 2009.
PHYSICAL DESCRIPTION 116 p. : ill.,col. ; 23cm.
SERIES STATEMENT (NO ADDED ENTRY) Siri sihat bistari
NOTES Berdasarkan kajian pakar diet antarabangsa Dr Peter J. D' Adamo
SUBJECT Diet
OTHER AUTHOR Mazlina Ismail
Post a Comment