Tuesday, April 15, 2008

BABI BERDURI YANG SEDAP

Boleh ker kita makan babi? Ini bukan cerita pengalaman memakan babi, apatah lagi berduri. Hystrix brachyura atau nama tempatannya ialah Landak Raya, dikenali juga sebagai porcupine, terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti ‘babi berduri’. Landak Raya telah mula dikomersial secara bersama oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan orang awam sejak 2005 lagi. Penternak landak raya di Banting, Selangor yang mempelopori penternakan landak raya secara komersial bersama Perhilitan, Tukiran Dalimi (Suku Jawa kot), berkata landak raya mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk pasaran tempatan dan luar negara. Wah menarik jugak ni, tapi orang kita ni tengok landak jek dah lari sampai tak cukup tanah. Budak-budak pula sibuk nak ambik duri landak buat penunjuk mengaji. Ye lah kan, Landak raya ni mempunyai sehingga 30,000 duri. Setiap duri landak mempunyai “duri cangkut seni” boleh mencangkuk tubuh pemangsa yang cuba menyerangnya. kalo berani seranglah, nak buat penunjuk mengaji sangat.


Dikhabarkan daging landak ni sangat lembut (mungkin tak selembut sutera tapi sesuai untuk nenek yang tak bergigi atau sayang sgt dengan gigi emas die tu), tidak mengandungi lemak (sesuai untuk mereka yang berhajat kurangkan kolesterol) dan tidak berserat (sesuai pula untuk mereka yang kerap sembelit dan berpotensi menderitai buasir) serta khasiatnya dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik menyebabkan landak menjadi antara makanan pilihan kerana menyediakan pakej yang lengkap sebagaimana yang telah diperincikan diatas. Malah, keenakan daging landak sering menjadi bualan kelompok penggemar daging buruan sehingga ia dikatakan lebih lazat daripada daging kijang. Mungkin kerana isinya yang lembut walau hanya di salai apatah lagi di masak lemak atau dibuat sup. Amalan memakan secubit hati landak setiap hari juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kronik seperti kanser, lelah dan leukimia. Daging landak juga mempunyai gen yang boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan daging landak disebabkan populasinya yang hampir pupus dan ditambah tergolong dalam spesies haiwan buruan yang dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 1972 (Akta 76/72) menyebabkan pihak berwajib mula mencari alternatif untuk membiakkan ternakan itu.

Sedikit fakta biologi mengenai Babi Berduri ni, seekor landak matang disembelih ketika usia lapan hingga 12 bulan dan boleh menghasilkan kira-kira lapan kilogram (kg) daging. Panjang landak biasanya antara 63 hingga 80 sentimeter dengan berat antara lima kilogram (kg) hingga 20 kg. empoh bunting landak raya betina adalah 16 minggu atau hampir 100 hari. Landak raya mampu membiak sehingga dua kali setahun. Haiwan bertulang belakang (vertebrata) ini melahirkan dan menyusukan anak mereka.

Kepada bakal graduan yang tengah fikir nak buat projek apa lepas ni, boleh lah ceburi bidang ternak Babi Berduri ni. Jangan risau, babi yang ni tak akan menyebabkan mana-mana pihak berpiket atau berdemonstrasi di jalanan.

No comments: